Inisiatif

Peristiwa
13/1/26
Isu
Selangor
Negara

Bantuan Awal Persekolahan Negeri Selangor 2026

Hari ini saya menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Tahun 2026 bagi negeri Selangor di SMK Meru.

BAP merupakan bantuan tunai sebanyak RM150 bagi setiap murid dan ia diberikan secara menyeluruh tanpa mengira pendapatan isi rumah. Di Selangor, sejumlah RM141,596,250 diperuntukkan, memanfaatkan 943,975 murid melibatkan 944 sekolah.

Dalam majlis yang sama turut disampaikan Bantuan Bencana Ribut Sekolah berjumlah RM20 ribu oleh Yayasan MBI kepada SMK Meru.

Insya-Allah, bantuan ini dapat meringankan beban keluarga dan menyuntik semangat anak anak untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih yakin.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.