Bacaan Yasin, Doa & Tahlil Sempena Sambutan Kemerdekaan
Mengiringi DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Kebangsaan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Sohibus Samahah Dato’ Mufti Selangor, sebelum diteruskan dengan Solat Jumaat.
Khutbah Jumaat bertajuk “Merdeka Daripada Belenggu Kerakusan” mengingatkan kita bahawa kemerdekaan yang sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi juga membebaskan diri daripada belenggu ketamakan, penjajahan minda serta dorongan emosi negatif yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan negara.
Semangat kemerdekaan harus terus kita hayati dengan memupuk rasa cinta kepada tanah air, memperkukuh perpaduan serta bersama-sama memelihara keamanan dan keharmonian yang telah kita nikmati.
Dengan penuh rasa cintakan negara, saya mengajak seluruh rakyat Selangor untuk hadir beramai-ramai memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Selangor di Stadium Kajang pada 30 Ogos 2026.
Ayuh kita semarakkan semangat kemerdekaan dan zahirkan kecintaan kepada ibu pertiwi, Malaysia.












