Suara

COVID-19
9/7/21
Isu
Selangor

Astro Awani: MKN diharap terus tutup sektor ekonomi, industri 'non essential' hingga tamat PKPD - MB Selangor

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mahu Majlis Keselamatan Negara (MKN) terus menutup sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat di 34 mukim di negeri itu.

Beliau berkata, itu adalah antara beberapa cadangan yang dikemukakan kepada MKN dalam usaha mengurangkan peningkatan jangkitan COVID-19 di Selangor.

Dalam ciapan di Twitternya, Amirudin berkata, kerajaan negeri turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi dijadikan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi.

Matlamat pelaksanaan PKPD bagi memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara masih belum dicapai.

"Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan agar hanya sektor ekonomi yang perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan MKN,” ujarnya.

Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi jumlah kes harian COVID-19 negara. Pada Khamis, negeri itu mencatatkan 4,152 kes keseluruhan.

“Jumlah kes yang tinggi di Selangor antaranya akibat saringan menyeluruh di kawasan PKPD serta saringan kontak rapat dari kes positif di PKPD,” katanya lagi.

Kenyataan itu menyusul sehari selepas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memberitahu lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi di kawasan yang dikenakan PKPD di Selangor bermula semalam.

Dalam satu kenyataan, MITI berkata, keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, dan dibincangkan bersama antara MITI, Menteri Kewangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.