Suara

COVID-19
19/5/21
Isu
Selangor
STFC19

Astro Awani: Majikan di Selangor boleh dapatkan vaksin untuk pekerja di SELangkah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor melalui aplikasi SElangkah membuka pendaftaran kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Keluarga Kerajaan Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata, majikan boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web https://vax.selangkah.my.

Pembukaan pendaftaran itu difahamkan, adalah selepas kerajaan negeri menyediakan fasiliti menjual vaksin COVID-19 kepada syarikat yang mahu mengimunisasi pekerja-pekerja mereka dalam usaha mengekang penularan virus.

"Untuk makluman, Selangkah membuka pendaftaran kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan vaksin untuk pekerja mereka.

"Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman https://vax.selangkah.my," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah nafi mesej tular bahawa kerajaan negeri akan mengeluarkan tambahan 500,000 vaksin Sinovac kepada rakyat Selangor.

"Saya mengambil maklum berkenaan mesej yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp yang antaranya menyatakan “The Selangor Government is rolling out additional 500k Sinovac vaccines to Selangorians”.

"Saya ingin menegaskan bahawa mesej tular tersebut adalah palsu dan tidak benar," ujarnya.

Tambah beliau, segala kenyataan atau pengumuman rasmi berkenaan vaksin COVID-19 di negeri Selangor hanya akan dikeluarkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari atau beliau sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Keluarga.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.