Media

Polisi
14/9/20
Isu
Selangor
Air

Astro Awani : Lima individu dikaitkan kes pencemaran air Selangor akan dituduh esok

Artikel terbit di astroawani.com pada 14 September 2020

KUALA LUMPUR: Polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bagi proses pertuduhan terhadap lima individu berkaitan kes pencemaran air di Selangor baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan ringkas pada Isnin.

Menurutnya, empat individu terbabit merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat dan seorang pengurus kilang yang ditahan sebelum ini.

Jelasnya, pertuduhan pertama ke atas lima individu tersebut dibawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan yang akan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

"Sementara itu, pertuduhan kedua ke atas lima tangkapan ini adalah dibawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan," katanya.

Seramai empat lagi tangkapan ujarnya telah dibebaskan dengan bon dibawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadiakan saksi.Kesemua pertuduhan itu akan dilakukan pada 15 September (Selasa) di Mahkamah Seksyen Selayang.

Baru-baru ini kehidupan jutaan pengguna di sekitar Lembah Klang dan Selangor menghadapi gangguan bekalan air berikutan pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan empat buah Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor, Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang, dihentikan.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.