Inisiatif

Peristiwa
1/8/26
Isu
Selangor
Negara

Art Of Speed 2026! “Summer Festival, Kustom Bergaya.”

Art of Speed Malaysia 2026 kembali menggegar bumi Selangor!

Saya berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan sambutan Tahun Melawat Selangor 2026 menerusi penyertaan dalam edisi ke-15 Art of Speed Malaysia, yang berlangsung hari ini dan esok di MAEPS, Serdang, dengan tema “Summer Festival, Kustom Bergaya.”

Tahun ini menyaksikan kehadiran lebih 25 tetamu dan jenama antarabangsa dari sembilan negara. Antaranya MOONEYES, Liberty Walk, Hawgholic dan Vise Clothing dari Jepun, DicE Magazine serta Ronald Wong, Ketua Pereka Produk Hot Wheels Premium dari Amerika Syarikat, Russell “MOW” Murchie dari Australia, Kustomfest dan SixtySick Paintlab dari Indonesia, Bangkok Hot Rod Show dari Thailand, Kustomanila dari Filipina, Borneo Kustom Show dari Brunei, serta Choppajoop dan Cherrybomb Pin Up Parlour dari Singapura.

Apa yang paling membanggakan, Art of Speed merupakan jenama acara tempatan yang dibina oleh komuniti tempatan, dan setelah 15 tahun, ia berjaya membentuk identitinya sendiri sehingga mampu menarik nama-nama besar dunia ke Selangor. Tahun ini menyasarkan antara 50,000 hingga 80,000 pengunjung tempatan, 10,000 pengunjung antarabangsa serta penyertaan hampir 4,000 pempamer.

Bersempena AOS 2026, Tourism Selangor turut melancarkan Tourscape @ Selangor, sebuah inisiatif yang menghubungkan minat automotif dengan pengembaraan dan pelancongan. Menerusi Road Trip Fun Maps, pengunjung boleh meneroka 12 daerah di Selangor menggunakan kereta atau motosikal sambil menikmati tarikan, budaya, gastronomi dan pengalaman autentik negeri ini.

Buat saya, inilah bukti bahawa minat terhadap automotif bukan sekadar hobi, malah berpotensi berkembang menjadi kerjaya dan perniagaan yang menyumbang kepada ekonomi negeri. Kerajaan Negeri akan terus menyokong inisiatif yang memperkasa golongan belia dalam bidang automotif dan industri kreatif.

Tahniah kepada Art Of Speed Malaysia 2026, Tourism Selangor dan semua yang menjayakan acara ini. Jom turun ke MAEPS!

Selangor Kan Ada!

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.