Inisiatif

Artikel
15/6/22
Isu
Selangor

APLIKASI SELANGKAH SEBAGAI BUKU KESIHATAN RAKYAT SELANGOR

Dalam mengikuti perkembangan era digital, aplikasi SELangkah diperluaskan lagi manfaatnya sebagai buku kesihatan pula. Seiring dengan Program Selangor Saring yang sedang berjalan, keputusan dalam SELangkah akan disimpan sebagai rekod kesihatan individu bagi rujukan masa depan.

Program Selangor Saring memerlukan rakyat negeri ini mendaftar di SELangkah untuk mendapatkan saringan percuma penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, serviks, payu dara dan macam-macam lagi. Secara tidak langsung, memanfaatkan pelaburan aplikasi ini.

Langkah ini bertepatan menjadikan Selangor sebagai Smart State 2025. Selain meningkatkan kecekapan capaian data, perkembangan kesihatan boleh dipantau individu secara real-time. Rawatan awal boleh diusahakan apabila perlu.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor
#MBSelangor
#AmirudinShari

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.