Media

COVID-19
3/7/20
Isu
Selangor
STFC19

Apa Itu "Contact Tracing"?

Apa itu Contact Tracing?

Secara mudah, ia satu langkah mengesan dan memantau individu yang berkemungkinan positif COVID-19 untuk beritahu bahawa mereka terdedah dengan jangkitan.

Katakan Auntie Nadia menjual mee kicap. Kemudian pihak berkuasa telefon memaklumkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19. Kebiasaannya, Auntie Nadia akan diminta kuarantin di rumah selama 2 minggu dan sekiranya ada simptom, terus hubungi pihak berkuasa kesihatan bagi rawatan selanjutnya.

Begitulah Contact Tracing, sesiapa yang terdedah dengan jangkitan akan terus dihubungi. Langkah ini menyokong ekosistem kuarantin itu sendiri untuk menghalang jangkitan merebak lagi luas.

Ada beberapa cara untuk melaksanakan langkah ini. Secara tradisinya, individu yang disahkan positif COVID-19 akan diminta untuk ingat kembali tempat yang pernah dilawati dan orang-orang yang pernah berjumpa dengannya.

Seiring dengan perkembangan teknologi, Selangor menawarkan sebuah sistem yang digelar 'SELangkah' sebagai satu kaedah Contact Tracing yang automatik, mesra pengguna dan tidak membebankan. Tidak perlu perah otak untuk ingat tempat dikunjungi atau orang yang berdekatan. Hanya gunakan telefon untuk scan Kod QR, semuanya akan terekod. Cuma nombor telefon anda saja, data peribadi anda tidak akan disentuh langsung.

Menggunakan SELangkah juga membentuk jaringan keselamatan dengan pembinaan 'big data'. Pihak berkuasa dapat mengesan individu dengan lebih mudah menggunakan algoritma berbanding sistem sendiri atau manual.

#SelangorGempurCOVID19
#SELangkah

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.