Inisiatif

Peristiwa
12/2/26
Isu
Selangor
Negara

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Anugerah Jasamu Dikenang Tahun 2026

Menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 dan Anugerah Jasamu Dikenang Tahun 2026 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kepada 124 penerima APC dan 34 penerima AJD.

Alhamdulillah, Selangor terus mencatat rekod pencapaian tertinggi dalam sejarah dengan kutipan hasil negeri berjumlah RM3.021 bilion pada tahun 2025. Ini adalah bukti kesungguhan dan kecekapan jentera pentadbiran negeri dalam mengurus sumber dengan cekap demi kesejahteraan rakyat.

Justeru, saya menuntut kepada semua untuk meneruskan kecemerlangan dalam perkhidmatan awam negeri dan membawa rakan-rakan yang lain untuk terus cemerlang serta memanifestasikan kecemerlangan tersebut dengan kejayaan penganjuran semua program-program yang dianjurkan kerajaan negeri.

Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga segala usaha dan kecemerlangan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan peribadi, malah terus menyemarakkan budaya kerja berintegriti, berprestasi tinggi dan berjiwa rakyat dalam perkhidmatan awam negeri Selangor.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.