Inisiatif

Peristiwa
10/8/25
Isu
Selangor

Anugerah Pelancongan Selangor 2025

Tourism Industry Awards 2025 X Visit Selangor Year 2025.

Posted by Amirudin Shari on Saturday, August 9, 2025

Malam semalam, saya berpeluang meraikan para peneraju industri pelancongan di Anugerah Pelancongan Selangor 2025, bersempena Tourism Industry Award 2025.

Tahniah kepada semua penerima anugerah yang telah membuktikan bahawa inovasi, kelestarian dan daya saing adalah teras utama dalam memacu sektor pelancongan negeri. Sumbangan semua pemain industri bukan sahaja dapat menarik jutaan pelawat, malah menjadi pemangkin ekonomi Selangor yang pada tahun lalu mengekalkan gelaran Negeri Paling Ramai Dikunjungi di Malaysia dengan lebih 34 juta pelawat domestik.

Saya yakin sasaran 8 juta pelancong ke Negeri Selangor dapat dicapai menerusi kempen Visit Selangor Year 2025 (VSY2025). Keyakinan ini disandarkan kepada pencapaian semasa yang memberangsangkan, apabila lebih enam juta pelancong telah mengunjungi negeri ini sebelum VSY2025 bermula, meskipun tanpa promosi berskala besar.

Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh sektor ini melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan Visit Selangor Year 2025, dengan tumpuan kepada pelancongan berasaskan nilai seperti warisan, agro, sukan, perubatan dan pendidikan.

Ayuh, kita jadikan pelancongan sebagai jambatan budaya, penggerak ekonomi dan cerminan kemajuan Negeri Selangor.

#KitaSelangor

#VSY2025

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.