Inisiatif

Peristiwa
24/4/25
Isu
Selangor
Negara

Analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2024.

Detik yang dinanti-nantikan oleh 73,799 calon SPM 2024 dan para ibu bapa. Hari ini, di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, saya berpeluang mendengar analisis keputusan peperiksaan SPM tahun 2024.

Alhamdulillah, pencapaian SPM 2024 di Selangor menunjukkan peningkatan positif. Indeks GPN bertambah baik kepada 4.59, manakala bilangan calon cemerlang, lulus dan layak menerima sijil turut meningkat. Seramai 59,403 calon (91.53%) layak menerima sijil berbanding 58,082 calon pada tahun 2023. Peningkatan ini membuktikan kejayaan usaha berterusan kita dalam memperkukuh sistem pendidikan negeri.

Secara keseluruhannya, keputusan SPM 2024 mencerminkan peningkatan pencapaian calon, hasil usaha berterusan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Inisiatif Kerajaan Negeri serta MBI seperti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Ini selaras dengan reformasi pendidikan ke arah Malaysia MADANI, untuk melahirkan generasi yang holistik, berdaya saing, dan berakhlak mulia.

Tahniah kepada semua calon SPM 2024!

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.