Amanat Tahun Baharu 2026
Alhamdulillah, pagi ini saya telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh penjawat awam Negeri Selangor. Turut hadir jentera kepimpinan di pihak masyarakat seperti Ketua Kampung dan Ahli Majlis PBT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera pentadbiran negeri atas komitmen, dedikasi dan kesungguhan yang menjadi tunjang kekuatan Selangor.
Tahun 2025 menutup tirai dengan pencapaian yang membanggakan. Kutipan hasil negeri mencatat rekod tertinggi mencecah RM3.021 bilion, manakala Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar KDNK negara dengan nilai ekonomi RM417.6 bilion. Ini adalah hasil kerja berpasukan, kejayaan bersama.
Namun, memasuki 2026, kita tidak boleh selesa dengan budaya π£πΆπ΄πͺπ―π¦π΄π΄ π’π΄ πΆπ΄πΆπ’π. Fokus kita jelas, meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat dan memastikan setiap urusan dipermudah dan dipercepat.
Amalkan resmi padi semakin berisi, semakin tunduk. ππ¦π΅ π°πΆπ³ πΈπ°π³π¬ π₯π° π΅π©π¦ π΅π’ππ¬πͺπ―π¨. Laksanakan amanah dengan sifat tulus, ikhlas dan jujur. ππͺπ΅π©π°πΆπ΅ π§π¦π’π³ π°π³ π§π’π·π°πΆπ³. Demi rakyat dan negeri tercinta ini.
Insya-Allah, dengan iltizam bersama, penjawat awam Selangor akan terus menjadi penanda aras nasional, pantas, telus dan berkesan, demi Selangor yang maju, inklusif dan berdaya tahan.
β




























