Inisiatif

Peristiwa
30/4/25
Isu
Selangor
Negara

30 hari insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights

Hari ini, genap 30 hari insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights berlaku. Mesyuarat Ke-11 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah memperincikan langkah-langkah pemulihan yang sedang giat dilaksanakan, termasuk:

1. Bantuan Wang Sewaan 3 Bulan

Seramai 455 keluarga menerima bantuan sewaan rumah sebanyak RM6,000 (RM2,000 sebulan bagi April, Mei & Jun 2025), melibatkan peruntukan RM2.73 juta untuk menampung kos sewaan sementara menunggu pembinaan semula.

2. Pembinaan Semula dan Baik Pulih Rumah

Sebanyak 219 rumah dikenal pasti mengalami kerosakan:

• 81 unit rumah rosak teruk & dikategorikan musnah sepenuhnya akan dibina semula dengan kos maksimum RM300,000.

• 138 unit rumah alami kerosakan struktur bawah 40% akan dibaiki dengan kos siling RM150,000.

• Tambahan 57 unit rumah mengalami kerosakan kecil tanpa kesan struktur - peruntukan RM30,000 setiap unit.

Projek pembinaan semula akan diketuai oleh Sime Darby (Taman Putra Harmoni) dan SPNB (Kampung Kuala Sungai Baru) dengan kerjasama MBSJ, bermula 1 Mei 2025, dijangka siap dalam tempoh 12 hingga 24 bulan.

3. Bantuan Kesihatan Penduduk Terkesan

Kerajaan Negeri turut meneliti aspek kesihatan mangsa yang masih menerima rawatan dan berkemungkinan perlu jalani pembedahan atau cantuman kulit.

YB Jamaliah Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam telah diamanahkan menyelaras bantuan kesihatan dengan hospital-hospital terlibat.

Kerajaan Negeri komited untuk memastikan segala proses pemulihan dijalankan secara telus, selamat dan penuh tanggungjawab. Saya percaya, melalui usaha bersepadu antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, mangsa dapat kembali membina kehidupan dengan lebih yakin dan bermaruah.

Saya merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Nga Kor Ming, Menteri KPKT, atas kerjasama erat serta sokongan agensi Persekutuan dalam meringankan beban mangsa.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.