11 Ramadan 1446H, seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berada di Hulu Selangor
11 Ramadan 1446H, seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berada di Hulu Selangor dari pagi hingga malam nanti untuk beberapa program sekitar Hulu Selangor.
Memulakan program di sini dengan Mesyuarat MMKN seterusnya solat Zohor berjemaah bersama kariah Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baharu. Saya turut menyerahkan Sumbangan Khas Dato’ Menteri Besar bernilai RM10,000 kepada masjid ini.
Moga sumbangan ini menjadi pemangkin kepada masjid dalam menggalas peranannya sebagai pusat ibadah dan kebajikan masyarakat setempat di sini. Insya-Allah.



