Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor
2020

13 Julai 2020
Menyemarak Kebingkasan Rakyat
Memacu Kesejahteraan Negeri

Siaran Langsung

Pelan pemulihan ekonomi jangka sederhana dibentang pada 13 Julai, hari pertama persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS)

Risalah

Muat Turun Ucapan
(339KB PDF)
Muat Turun
Muat Turun Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor Dalam Menangani Wabak Covid-19
(1.7MB PDF)
Muat Turun
Muat Turun Ringkasan Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor 2020
(2.6MB PDF)
Muat Turun

Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor
Fasa 3

1
Tonggak Pertama
Jaminan Bekalan Makanan
(Food Security)
di bawah kluster Keselamatan Makanan (food security) akan memfokuskan kepada kelangsungan bekalan makanan dengan memastikan bekalan makanan yang sentiasa mencukupi untuk rakyat Selangor serta menjadikan sektor pertanian dan makanan sebagai salah satu penyumbang terbesar KDNK Negeri Selangor.
2
Tonggak Kedua
Kemampanan Ekonomi
(Economic Sustainability)
penumpuan akan diberikan dalam merancakkan lagi pembangunan hartanah, memastikan pengurusan infrastruktur dan perkhidmatan air yang efisien, mengekalkan keseimbangan dalam aliran tunai Kerajaan Negeri serta peningkatan sistem penyampaian Kerajaan Negeri yang lebih bersifat fleksibel dan mampan dalam pengurusan terimaan hasil.
3
Tonggak Ketiga
Pembangunan Keupayaan
(Capacity Building)
Kerajaan Negeri akan memberi penekanan dengan memacu pertumbuhan industri aeroangkasa sebagai industri yang bernilai tinggi dengan mengkoordinasikan tenaga kerja (talent) yang terdiri dalam kalangan rakyat Selangor ke dalam syarikat-syarikat yang telah dikenalpasti untuk meningkatkan kapabiliti dan kapasiti peserta dalam bidang aeroangkasa.

Media

Muat Turun Ringkasan Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020
Warga Selangor boleh memuat turun dan membaca Ringkasan Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 buat rujukan semua.
Baca Lagi
Persidangan Dewan Negeri Selangor berlangsung pada 13 Julai 2020
Insya Allah saya akan membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor pada 13 Julai (Isnin) jam 11.30 pagi khusus bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta mensejahterakan rakyat Selangor pasca COVID-19 dan PKP.
Baca Lagi
Selangor Kini : Pelan pulih ekonomi: Rumah, peluang kerja fokus utama
Disiar secara langsung di portal SelangorTV.my, pakej itu dibentang pada hari pertama sidang Dewan Negeri Selangor, 13 Julai ini.
Baca Lagi
Ujian Saringan COVID-19 Pra-Sidang Dewan Negeri
Hanya mereka yang disahkan negatif sahaja dibenarkan memasuki Bangunan Annexe untuk menghadiri Sidang Dewan kali ini.
Baca Lagi