Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia
Peristiwa
Kerajaan Negeri Selangor terus cakna dan prihatin kepada golongan istimewa ini dengan mewujudkan pelbagai bantuan. Menerusi inisiatif Anak Istimewa Selangor (ANIS), kita menawarkan Didik ANIS, Cikgu ANIS, Akademi ANIS serta Bantuan Khas Anis. Kesemua program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran serta membantu golongan istimewa ini di peringkat keluarga, pendidikan dan masyarakat.